Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.
Selama
Ramadhan, Allah memerintahkan seluruh penghuni syurga berhias.
Rasulullah Saw. bersabda:”… Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah
‘Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah,
dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera
beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeri-Ku dan
kemuliaan-Ku…” [HR. Baihaqi]. Itulah aspek menarik keajaiban bulan
Ramadhan yang tak banyak orang tahu.
1. Ramadhan jalan menuju ketaqwaan
Allah
berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa
sebagaimana diwajibkan atas kaum sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”. (Al
Baqarah: 183).
Ayat di atas menerangkan bahawa puasa adalah sebab
yang boleh mengantarkan pelakunya menuju ketaqwaan, kerana puasa mampu
meredam syahwat. Ini sesuai dengan salah satu penafsiran yang disebutkan
Imam Al Qurthubi, yang berpadukan kepada hadits riwayat Imam Ahmad yang
menyebutkan bahawa puasa adalah perisai.
2. Ramadhan bulan mujahadah
Para
ulama’ salaf adalah suri tauladan bagi umat, mujahadah mereka dalam
mengisi bulan Ramadhan amat perlu dicontoh. Seperti Imam Asyafi’i, dalam
bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran dua kali dalam semalam, dan
iti dikerjakan di dalam solat, sehingga dalam bulan Ramadhan beliau
menghatamkan Al-Quran enam puluh kali dalam sebulan. Imam Abu Hanifah
juga menghatamkan Al-Quran dua kali dalam sehari selama Ramadhan.
3. Puasa Ramadhan menumbuhkan sifat amanah
Wahbah
Zuhaili dalam bukunya Al Fiqh Al Islami berpendapat bahawa puasa
mengajarkan rasa amanat dan muraqabah di hadapan Allah Ta’ala, baik
dengan amalan yang nampak mahupun yang tersembunyi. Maka tidak ada yang
mengawasi seseorang yang berpuasa agar menghindari hal-hal yang dilarang
dalam berpuasa kecuali Allah Ta’ala
4. Puasa Ramadhan melatih diri berdisiplin
Puasa juga melatih diri berdisiplin ,
Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa seorang yang berpuasa harus makan dan
minum dalam waktu yang terbatas. Bahkan dalam berbuka puasa pun harus
disegerakan.
5. Puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidaritas sesama muslim
Wahbah
Zuhali juga menjelaskan bahawa puasa Ramadhan menumbuhkan rasa
solidariti di antara sesama muslim. Pada bulan ini semua umat Islam,
dari timur hingga barat diwajibkan untuk menjalankan puasa. Mereka
berpuasa dan berbuka dalam waktu yang sama, kerana mereka memiliki tuhan
yang satu.
Seorang yang merasa lapar dan dahaga akhirnya juga
boleh turut merasakan kesengsaraan saudara-saudaranya yang kekurangan
atau tertimpa bencana. Sehingga tumbuh perasaan kasih sayang terhadap
umat Islam yang lain.
6. Puasa Ramadhan melatih kesabaran
Bulan
Ramadhan adalah bulan puasa di mana pada siang hari kita diperintahkan
meninggalkan makanan yang asalnya halal, terlebih lagi yang haram.
Begitu pula di saat ada seseorang mengganggu kita. Rasulullah Saw.
bersabda: “Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata
'Sesungguhnya aku sedang puasa." (HR. Bukhari)
7. Puasa Ramadhan menyihatkan
Rasulullah
bersabda: ”Berpuasalah, maka kamu akan sihat” (HR. Ibnu Sunni), ada
yang menyatakan bahawa hadits ini dhoif, akan tetapi ada pula yang
menyatakan bahawa darjat hadits ini sampai dengan tingkat hasan (lihat,
Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).
Tapi makna hadist masih
boleh diterima, kerana puasa memang menyihatkan. Al Harits bin Kaldah,
tabib Arab yang pernah mengabdi kepada Rasulullah Saw. juga pernah
menyatakan:”Perut adalah tempat tinggal penyakit dan sedikit makanan
adalah ubatnya”.
8. Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah untuk umat ini
Diriwayatkan
oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’, dia telah mendengar dari seorang
ahlul ilmi tsiqah yang telah mengatakan: “Sesungguhnya telah
diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada Rasulullah Saw., atau apa
yang telah Allah kehendaki dari hal itu, dan sepertinya usia umat
beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh umat-umat
sebelumnya, maka Allah memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik
daripada seribu bulan.” (HR. Malik).
9. Ramadhan bulan ampunan
Bulan
Ramadhan adalah bulan ampunan, Rasulullah Saw. bersabda: “Dan siapa
yang berpuasa Ramadhan dengan dasar keimanan dan pengharapan redha
Allah, diampunkan untuknya dosa yang telah lalu.”(HR. Bukhari)
10. Siapa yang dilihat Allah, maka ia terbebas dari azab-Nya
Dari
Jabir bin Abdullah ra. Rasulullah Saw. bersabda: ”Pada bulan Ramadhan
umatku dianugerahi lima perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi
sebelumku. Yang pertama, sesungguhnya jika Allah melihat mereka di awal
malam dari bulan Ramadhan, dan barang siapa yang telah dilihat Allah
maka Ia tidak akan mengazabnya selamanya…” (HR. Baihaqi).
Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.
No comments:
Post a Comment